BERITA LUCU INDONESIA , Jakarta - Berjambang kini sudah menjadi satu trend. Berjambang juga sudah diibaratkan sebagai lambang lelaki sejati. Mana-mana lelaki yang memiliki wajah yang bersih dan licin atau lebih popular dengan gelaran ‘jambu’, kini turut mahukan wajah yang berjambang.
Namun begitu, tidak semua lelaki boleh atau dapat memiliki jambang yang cantik seperti yang diingini. Anda mahukan jambang seperti Wak Doyok, tapi adakah anda miliki apa yang Wak Doyok ada untuk menghasilkan jambang sekemas itu? Anda mahu jambang seperti pemain bola Xavi Alonso, tapi adakah anda boleh dapat jambang sepertinya?
Sebenarya, untuk menghasilkan jambang yang menarik memerlukan usaha yang kuat, lebih-lebih lagi untuk para lelaki yang bergelar lelaki jambu ini. Misai dan janggut pun malu-malu nak tumbuh di muka.
Walaubagaimanapun, jangan risau. Kami di Mensive akan berkongsi dengan anda 5 tip melebatkan jambang di wajah anda agar kelihatan lebih maskulin.
1. Bercukurlah
Bukan bersyukur ya, tetapi bercukurlah. Sebelum anda nak fokuskan kepada penumbuhan jambang, anda perlu bercukur dahulu. Pastikan anda bercukur menggunakan peralatan-peralatan yang bersih agar ia membantu untuk menggalakkan penumbuhan jambang. Bercukur secara betul akan memastikan jambang anda tumbuh secara sihat dan konsisten.
2. Pantau pertumbuhan
Penumbuhan jambang ini akan bergantung kepada hormon yang anda miliki. Jika anda miliki hormon yang kuat, maka jambang anda akan cepat tumbuh dan jika tidak, maka ia tumbuh lambat sedikit. Walaubagaimanapun, apabila jambang anda sudah mula kelihatan lapisannya, anda perlu menjaganya dengan baik agar anda jambang anda dapat tumbuh secara sihat. Kami di Mensive ada menyediakan minyak khas untuk merangsang penumbuhan jambang iaitu Mensive Moustache and Beard Oil.
3. Stail jambang
Dengan memilih stail jambang yang betul dan sesuai dengan muka anda akan menyebabkan wajah anda kelihatan lebih maskulin. Untuk permulaan, biarkan jambang di bahagian bawah dagu anda tumbuh terlebih dahulu di mana ia membantu untuk menjadikan jambang anda kelihatan lebih menarik dan ia adalah asas untuk membuat stail jambang pilihan anda.
4. Trim jambang
Apabila jambang anda sudah semakin lebat, jangan lupa untuk trim. Melakukan trim pada jambang anda akan memastikan ia berada dalam keadaan baik dan tidak kelihatan semak. Anda pasti tidak mahu orang di sekeliling anda berasa tidak selesa dengan jambang anda kerana ia tidak ditrim. Sila trim jambang agar ia nampak bersih dan menawan.
5. Gunakan minyak jambang
Akhir sekali, untuk mengekalkan jambang yang sihat dan menarik, amalkan penggunaan minyak jambang. Minyak jambang boleh menguatkan akar-akar jambang anda agar tidak mudah putus atau gugur. Selain itu, ia juga menggalakkan penumbuhan jambang secara sihat. Jika anda sedang mencari minyak jambang, kami di Mensive ada menyediakan Mensive Moustache and Beard Oil yang membantu memastikan jambang anda berkembang tebal, panjang dan sihat serta mencegah kelumumur.
Itu saja 5 tip melebatkan jambang daripada kami di Mensive. Kepada para newbie, semoga anda dapat amalkan tip-tip ini supaya anda berjaya memiliki jambang yang menarik dan menawan.
SUMBER :http://berjambang.blogspot.co.id
Tidak ada komentar:
Posting Komentar